Menu Utama
| Muka Depan |
| Profil Sekolah |
| Berita Terkini |
| Pibg |
| Galeri |
| Staff |
| Pautan |
Apa Pendapat Anda?
Waktu Solat
Sekapur Sireh
| Bismillahhirahmanirrahhim, Alhamdulillah syukur, dimana laman web SKPU2 dapat dibina semula dengan usaha gigih jawatan kuasa PIBG sekolah 2008. Saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung laman web Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Penyediaan laman web ini merupakan satu saluran untuk memberi maklum mengenai organisasi sekolah, aktiviti-aktiviti, hal-ehwal murid serta lain-lain yang dikira perlu. Maklumat akan dikemaskini mengikut masa bagi memastikan warga sekolah dan pelanggan SKPU2 terutama ibubapa mengetahui perkembangan dan tindakan yang akan diambil jika ianya berkaitan. Saya juga mengalu-alukan sebarang bentuk maklumbalas daripada pengunjung laman web khasnya para ibubapa agar ianya lebih lagi bermanafaat. Akhir kata adalah menjadi inspirasi saya agar laman ini dapat memberi imformasi serta komunikasi yang cepat hanya dihujung jari.
| |
| “ Sentiasa Cemerlang ” Hajah Maimun Che Hamid Guru Besar SKPU2Disember 2008 |
Selamat Datang
Tahun 2008 telah ditinggalkan dengan seribu kejayaan dan kenangan, tiba masanya Pn Hjh Maimun bt Che Hamid, Guru Besar SKPU 2 mengundurkan diri. Jutaan terima kasih diucapkan dari pihak warga kerja, murid-murid SKPU 2 dan AJK PIBG 2008/2009 kepada beliau yang telah banyak berusaha bagi manaikkan nama sekolah dan menjadi pembimbing kejayaan murid-murid SKPU 2 terutamanya keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2008 yang lepas.
Beliau juga adalah tulang belakang kepada PIBG bagi menjayakan projek "Wireless" dan laman web rasmi Sekolah Kebangsaaan Puchong Utama 2. Diharap sepanjang berkhidmat dalam bidang pendidikan ini dapat memberi kepuasan kepada beliau dalam mendidik bakal-bakal anak bangsa yang akan menjadi peneraju negara kita dimasa akan datang. Semoga beliau terus menjalani kehidupan yang lebih bermakna selepas persaraan beliau dari bidang pendidikan ini.
Juga diucapkan Selamat Datang kepada En Mokhatar Bin Ahmad, sebagai Guru Besar SKPU2 ke 3 yang akan mendaftarkan diri tidak lama lagi. Semoga kejayaan yang sedia ada akan dapat diteruskan dengan dengan lebih cemerlang.
|
||||||
|
||||||